Friday, June 17, 2011

Bisnes sendiri perlu pekerja?

Berniaga ni ada masa tak menang tangan dibuatnya. Dan kita pun iklankanlah kerja kosong. Tapi perlu ke? Bagi yang kerja kecik-kecik mcm saya yang jual kerepek ni, mungkin perlu atau mungkin tidak. Kalau aku tak perlu. Kenape? Kerepek aku, aku jual secara direct dan antar ke kedai-kedai makan. Kerepek aku beli secara borong. Rugi rasanya aku upah pekerja hanya untuk packing sahaja. Gadget aku sendiri aku anggap sebagai pekerja aku.

Seperti Laptop, Printer, Broadband, Mesin Packing aku dan kereta aku. Dan promosi aku tak perlu upah pekerja. Sekarangkan zaman moden. Facebook, youtube, twitter, myspace dan juga blog. Semuanya percuma. Gunakanlah sebaik-baiknye..

Akan datang dan sekarang pun berlaku, banyak mesin mengantikan manusia. Nak buat jualan semua dah tak perlu guna tenaga manusia termasuk promosi. Semuanya menggunakan internet. Membeli-belah menggunakan Internet, Promosi menggunakan internet, Bayar segala bil melalui internet. Semua internet menggantikan tempat manusia. Menjimatkan.

Aku balik kampong, aku singgah di kebun-kebun cina pun pakai siraman automatik dan kebun melayu pun maju juga guna sistem fertigasi. Penggunaan manusia semakin berkurangan. Kebun pun dah guna teknologi. Habis bagaimana manusia ni?

Akan datang satu ledakan secara halus dan teramat halus Zaman Bekerja Sendiri menjadi pilihan. Zaman industri akan turun dan terus malap. Tapi siapa yang jadi kuli batak terus sampai mati? Agak-agaknya siapa? Tak lain dan tak bukan budak-budak kerja kerajaanlah.

No comments:

Post a Comment