Wednesday, April 20, 2011

Apa yang perlu kita ada untuk teruskan kehidupan sekarang ?

Apa ye.. yang perlu kita ada untuk teruskan kehidupan yang mencabar ini ?

Pertame sekali skill. Kemahiran yang penting. Tak kisahlah menjahit ke, buat kuih ke, betulkan kereta ke janji kauorang tahu kemahiran tu atau kau otai gile ape yang kau minat. Sebabnye...kat dunia luar ini ...kau ada segulung ke atau bergulung-gulung ijazah tapi tak ade kemahiran tak guna. Kadangx2 syarikat-syarikat swasta kalau nak cari pembantu akaun... dia takkan ambik orang yang ada ijazah, baik dia ambik orang ada SPM aje. Sebab kalau dia ambik orang yang pegang Ijazah kene latih juga bukan terus pandai :)...so dia ambiklah pekerja yang ade kelulusan SPM aje...murah....

Kedua nye...Bahasa. Kalau kau orang fasih berbahasa inggeris...itu kelebihan kau... Sebab ape aku cakap macam tu.... Nampak tak selepas kau orang habis je SPM..kau orang mohon keje atau mahon sambung belajar...bahasa ape yang digunakan selalu ?  ENGLISH ! pergilah universiti melayu ( Uitm  lah...heheheh) pun 100% menggunkan English....

yang ketiga ...berniaga. Kemahiran berniaga ini penting zaman skarang. Jangan sesekali masuk MLM...ye....jual betul-betul...jangan " aku taja kau ,,,kau taja orang lain.." itu bukan berniaga itu skim cepat kayo...jumpalah orang ramai....juallah sesuatu yang berfaedah...atau hantar produk ke kedaix2 runcit ke atau restaurant... itu lagi mulia daripada MLM.

Keempat...cukuplah tu...kalau bagi 20 tip...kalau tak amalkan tak guna :)

Monday, April 18, 2011

Berbaloi ke menggunakan pekerja zaman sekarang?

Hari ini jualan kerepek boleh tahanlah dah masuk 5 bulan dah aku berniaga. Dari jual secara direct selling ( face to face) hinggalah edarkan kan kedai makan. Semua aku buat. Dalam bulan nilah baru aku tergerak hati nak brandingkan produk snacks aku. Masuk bulan ni rasa macam hendak ambil pekerja. Aku iklankanlah "mencari pekerja perempuan part time kat mudah.my tu. Ramai pula yang mohon. Tapi pikir balik tak perlulah ambik pekerja. Biarlah aku buat semua. Lagi untung heheheh. aku nak ambik pekerja part time supaya boleh edar risalah, buat blog kat blogger.com, packing dan label. Tapi rata-rata nak kerja duduk kat rumah dan nak duduk ada aircon. Tak apalah cik adik. Abang paham kulit adik kan sensitif kena habuk ye...nanti gatal-gatal. Akhir sekali aku pergi celcom kempas, aku ambil celcom broadband bulanan RM68 sebulan selesai masalah. Dengan broadband aku boleh iklankan kat internet tanpa sempadan, dapat maklumat terkini, buat promosi sendiri, buat lebal sendiri, buat jualan sendiri, buat marketing sendiri dan segala-galanya sendiri.

Saturday, April 16, 2011

Panduan untuk hidup di Johor Bahru...(untuk kaum wanita)

Aku jejak kaki kat Johor Bahru hujung 2004 ( keesokannya tahun 2005). Banyak perkara aku berlajo tentang hidup ini terutamanya di Johor Bahru. Daripada 2 tahun bekerja tak ada gaji sampailah makan maggi tiap-tiap hari pun ada. Panduan kat bawah ini lebih baik kau orang datang JB ...2 orang bagi save budget.


1. Perkara pertama tiba di Johor Bahru, cari bilik sewa atau rumah sewa terlebih dahulu. Di Johor Bahru sewa bilik mahal jika kita tidak tahu tempat yang murah. Untuk mencari bilik sewa atau rumah sewa yang murah sekitar RM500 kebawah... di kawasan kg. melayu majidee, kawasan pandan (perumahan), Taman kemas, Taman orkid ( kawasan tampoi) taman daya, dan nak cari yang murah cari kawasan flat. Tapi bagi aku baik kau sewa rumah sebab boleh masak. kalau sewa bilik paham-paham jelah.

2. Perkara kedua adalah cari tempat pasaraya atau shopping ( nak cari bahan untuk makanlah) . Ini nasihat saya di Johor Bahru, jika makan luar hari-hari boleh bangkrap. Baik pergi pasaraya-pasaraya yang berlambak kat Johor Bahru. Antara pasaraya termurah di Johor Bahru , Pasar Borong Smart (sebelah carefour tebrau).

3. Perkara ketiga, cari pekerjaan... di Johor Bahru memang banyak peluang pekerjaan. Tapi bukannya semudah yang disangka. Tapi biar aku bagi tip. Pergi ke tesco, Jusco dan Giant pergi minta kerja di kios-kios ( kedailah) jual kain, butik atau salon...kat sana memang nak pakai pekerja perempuan on the sport. Gaji dalam RM900 keataslah.

4. Pengangkutan di Johor bahru tak sama di KL. Di sini tiada LRT. Tapi pakai bus. Tapi bagi aku baik pakai motor. bagi perempuan ...ni baik pakai skuter.

Inilah serba sedikit panduan untuk kau orang. ...

Jadi peniaga yang sejati bukannye pengecut!

Sejak akhir-akhir ramailah pula budak-budak melayu yang nak berniaga. Baguslah tu. Tapi ape yang diniagakan? Ape lagi kalau tak MLM. Aku ade baca dan minat jugalah blog aididleaks tentang anti MLM ni. Awal-awal lagi aku baca aku dah setuju dengan aididleaks ni.. http://aididmuaddib.blogspot.com/ . Aku nengok  ramai beno budak melayu yg masuk skim cepat kayo. Nak kayo cepatlah katakan. Sebenarnya MLM itu skim piramid. Kauorang tak percaya? tanyalah aididleaks. Cuba semak cara pemasaran semua MLM, semuanya sama skim piramid. Aku pun berniaga juga. Jual kerepek. Aku buat 2 cara. Cara pertama jual secara face to face ( kak, kerepek kak satu seringgit je..:)) cara kedua aku rendah je kat kedai-kedai makan cakap nak letak kerepek kat sini. Nanti bagilah sedikit komisen kat tokeh kedai makan tu. Pada aku itu lagi baik daripada MLM.

MLM ni caranya tak bagus. Daftar ahli ( kene bayolah tu). Lepas itu dapat barang simpanlah kat umah ( abis tak geti jual atau malu nak jual kat orang) lepas tu cari orang bawah. Itulah keje nye...itu bukan berniaga dik ..itu skim cepat kayap namenye. Aku yang orang kampong pun tahu..

Friday, April 15, 2011

aku orang kampong.

Mesti diluar sana tertanya kenapa nak letak nama "aku orang kampong" macam "produk orang kampung" je..hahaha. Untuk mengingatkan aku sendiri, aku ni asal dari kampung. Tapi aku bukan lah duduk kat kampong betul. Aku duduk kat taman perumahan yang mejoriti penduduknya bangsa cina ( hampir 90% cinalah). So taman aku tu, terletak di pekan........... pekan aku tu ( hahahah ...macamlah pekan tu bapak aku yang punya) dikelilingi oleh kampungx2 melayu.
Best ke duduk kat kampong? best...ada banyak pokok, tak bising, banyak bende percuma macam cili padi, limau kasturi, macamx2lah. Tapi aku orang kampong dah terdedah dengan "nuklear" pertembungan budaya bandar. Banyaklah juga budak-budak kampong macam aku ni pergi ke bandar. Bila balik kampung mak oiii...dah tukar dah dressing...ye..macam org bandar lah gitu...hahaha..yang ada pulang kampung naik kete mahal-mahal...nak menunjuklah tu. Nak menunjuk tu satu hal, satu halnye lagi bawak balik skim cepat kaya. Hasut orang kampong masuk. Hahahah... terkena jerat si pelanduk...mana ade perniagaan terus melabur dapat untung juta-juta hanya goyang kaki. Macam-macam hal. bisness kau tak boleh cakap kau boleh untung selamanyalah...cuba kau nengok airasia, proton atau perodua ke...ade masanye rugi...itulah adat berniaga. (gambar kat atas tu aku copy kat http://syafikcoklat.blogspot.com/2011/04/hina-sangat-ke-orang-kampung.html )