Monday, April 18, 2011

Berbaloi ke menggunakan pekerja zaman sekarang?

Hari ini jualan kerepek boleh tahanlah dah masuk 5 bulan dah aku berniaga. Dari jual secara direct selling ( face to face) hinggalah edarkan kan kedai makan. Semua aku buat. Dalam bulan nilah baru aku tergerak hati nak brandingkan produk snacks aku. Masuk bulan ni rasa macam hendak ambil pekerja. Aku iklankanlah "mencari pekerja perempuan part time kat mudah.my tu. Ramai pula yang mohon. Tapi pikir balik tak perlulah ambik pekerja. Biarlah aku buat semua. Lagi untung heheheh. aku nak ambik pekerja part time supaya boleh edar risalah, buat blog kat blogger.com, packing dan label. Tapi rata-rata nak kerja duduk kat rumah dan nak duduk ada aircon. Tak apalah cik adik. Abang paham kulit adik kan sensitif kena habuk ye...nanti gatal-gatal. Akhir sekali aku pergi celcom kempas, aku ambil celcom broadband bulanan RM68 sebulan selesai masalah. Dengan broadband aku boleh iklankan kat internet tanpa sempadan, dapat maklumat terkini, buat promosi sendiri, buat lebal sendiri, buat jualan sendiri, buat marketing sendiri dan segala-galanya sendiri.

No comments:

Post a Comment